Welcome to jakunisme's home

come in....lets we share together....

Expressions of faith

See, understand and evaluate my expression....

Saturday 18 February 2012

Persiapan Kahwin Waty untuk 3-3-12

Rumah mak aku di RPS Kedaik, Aku ambil gambar ni masa baru-baru ni je aku balik kampung kejap. diorang dah tebang pokok-pokok yang besar-besar dan yang tak digunakan....sebenarnya untuk persiapan majlis kahwin adik aku, waty pada 3 mac 2012 ni...masa aku balik tu, baru 5% je yang buat...masih ada 95% lagi yang kena settle...aku dah mintak cuti untuk 29hb. Feb. ni hingga 5hb. Mac 2012...harap sempat bantu diorang buat persiapan... 

belakang rumah pun dah clear, pokok limau pun dah habis kena tebang...mungkin aku balik nanti dah tak banyak kerja yang nak buat...biasalah kalau aturcara perkahwinan orang asli ni kalau tak diselitkan dengan joget sebelah malam memang dah nampak kecacatan nya...memang dah jadi satu perkara penting dalam perkahwinan orang asli ni...kalau tak ada, memang anggap tak sah lah...apa-apa pun aku dengar, alias dah set ngan band khazanah dari gombak...untuk persembahan malam joget tu...mungkin aku nyanyi kot...tu malas nak fikir lagi... 

Selepas gotong royong, kita orang lepak lah kejap....bersantai siap bergambar...harap segala apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar...takde masalah, takde gangguan, dan sebagainya....kalau rasa nak datang nanti, aturcara mungkin macam biasa yang seada-ada lah, makan mungkin start pukul 12.30 pm hingga 5.00 pm ke...bersanding dalam pukul 2.30 pm agaknya...pastu, potong kek sebelah malam, mungkin jam 8.00 pm...pastu joget je lah....macam biasa je lah aturcara nya...

No comments:

Post a Comment