petikan dari akbar
Aku tak penah tau pun yang harga benda ni mencecah RM2,500.00 seekor...huyooo
padahal benda ni selalu cari, untuk sendiri jer...bukan semata-mata tenaga batin tu...tapi ratu anai-anai ni memang banyak khasiat nye...untuk ubat lah...seperti, mengembalikan tenaga, sakit-sakit belakang, memanaskan badan, melancarkan darah, macam-macam lah...memang bagus untuk kesihatan kita...dan kat sini, aku ngan member nak tunjuk sedikit cara-cara kitaorang cari ratu si anai-anai ini untuk sedia maklum jer...
Kenalpasti tempat persembunyian ratu si anai-anai @ busut
Tebuk lubang pada busut dengan mengunakan pahat @ chok, sehingga menjumpai sarang anai-anai...
Dengan mengunakan sebatang kayu, kita rosakan sarang anai-anai untuk mencari sarang ratu si anai-anai yang tersembunyi...sarang ratu si anai-anai adalah keras seperti batu...ia adalah berbeza dengan sarang anai-anai lain...memang senang untuk kenal pasti...
Dengan mengunakkan mata pahat @ Chok'...belah kan sarang tersebut untuk mencari bilik ratu si anai-anai...perlu lakukan nya secara cermat...takut-takut terkena ratu tersebut...untuk makluman...setiap satu sarang, hanya mempunyai satu ratu....maknanya setiap busut, hanya ada satu ratu....
Ini lah ratu si anai-anai...aku dah dapat 4..maknanye, dah 4 busut kitaorg gali...dan empat ekor tu..dah RM10,000.00 harga nye...betul ke?...hehe tapi dah dalam perut...RM5,000.00 dalam perut aku dah...hehehe...untuk makluman jugak, HANYA 2 ekor sahaja disaran makan ratu tersebut untuk sekali makan...jangan ambil berlebihan...kerana, ia adalah panas @ mempunyai kesan yang kuat...sekiranya tidak tahan dengan kesannya...darah akan keluar dari hidung pada sesiapa yang tidak tahan dengan kesan sampingan nya...perlu ingat...jangan terlalu gairah untuk mencuba...pastikan mengikut had sediakala...jangan menjadi mangsa ratu si anai-anai...selamat mencuba...hasry