Sebelum pembinaan jambatan baru...ianya di buat kebanyakkannya mengunakan kayu...tetapi, jambatan tersebut telah musnah di bahamsungai yang amat deras...setelah hujan kuat...biasa lah kat gua musang ni, memang mempunyai kadar hujan yang tinggi...sukar lah kalau kerja di perladangan ni...kalau dah hari-hari hujan, macam-macam yang perlu di hadapi, keadaan jalan yang selalu rosak, bukit selalu runtuh, banjir, macam-macam hal lah...pahtu, HQ plak selalu datang, diorang cakap kitaorang tak buat kerja lah apa lah...ini lah dugaan nye....
Permulaan pembinaan, rangka tiang atau tapak dibina terlebih dahulu bagi menggantikan tiang yang telah rosak. Tiang tersebut perlu dibina atau dibuat dengan lebih teliti supaya ianya kukuh dan kuat. Ini adalah kerana, keadaan arus sungai di ladang gua musang ini adalah deras. Dan ianya akan lebih deras lagi sekiranya hujan tiba. Arus air sungai ini boleh mencecah pada kelajuan 60-100 km sejam apabila hujan lebat di hulu sungai. Selain itu, tiang tersebut mesti lah kuat menahan sebarang hentakan dan tekanan daripada kenderaan mahupun sampah sarap serta kayu balak yang dibawa oleh arus air tersebut.
Setelah tiang selasai dibina dan di concrete kan, pemasangan rangka bagi jambatan dilakukan, semua kerja-kerja tersebut telah dilakukan oleh pekerja estet ini sendiri. Kerja-kerja pemasangan rangka yang memerlukan banyak besi dan perlu di welding secara keseluruhannya. kebanyakannya mengunakan tenaga foreman yang kami ada. seperti di gambar, kami sedang memasang plate bagi menahan concrete simen yang akan diletakkan setelah selesai kerja-kerja pemasangan rangka besi tersebut.
Kerja-kerja pemasangan rangka jambatan selesai dalam masa 2 minggu yang dilalukan oleh foreman yang sudah mempunyai pengalaman dalam pembikinan jambatan di ladang ini juga. Tetapi, pembinaan jambatan kali ini adalah yang terpanjang berbanding yang sedia ada. Keluhan yang kedengaran adalah amat memenatkan. Tetapi, setelah selesai kerja-kerja tersebut, ianya menjadi sesuatu kepuasan.
Kerja-kerja pemasangan rangka jambatan selesai dalam masa 2 minggu yang dilalukan oleh foreman yang sudah mempunyai pengalaman dalam pembikinan jambatan di ladang ini juga. Tetapi, pembinaan jambatan kali ini adalah yang terpanjang berbanding yang sedia ada. Keluhan yang kedengaran adalah amat memenatkan. Tetapi, setelah selesai kerja-kerja tersebut, ianya menjadi sesuatu kepuasan.
Jambatan tersebut memerlukan 10 lori simen bagi memenuhi ruang rangka yang dibina. kerja-kerja tersebut adalah di peringkat yang terakhir bagi projek tersebut setelah kerja-kerja pemasangan rangka jambatan selesai.
salam, blh taw x unsur awam dan civil yang terdapat dalam pembinaan jambatan ?
ReplyDelete